Tuesday, July 20, 2010

Program Perdana Seminar UPSR 2010

Posted by MAJLIS GURU BESAR BEAUFORT at 11:42 PM 0 comments
14.07.2010 (Rabu)
Program Kali ke-2 Biro Pendidikan MGB Daerah Beaufort. Program kali ini adalah dilaksanakan dengan kerjasama En. Zulkhiri Hj. Ismail (Ketua Pentadbir Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pendalaman Selatan) dan Bank Rakyat Cawangan Beaufort. Majlis Penutupan telah dirasmikan oleh YB. Kamarlin Hj. Ombi Wakil Rakyat N.27 Lumadan. Hadiah wang tunai sebanyak RM200 kepada murid-murid Tahun 6 Daerah Beaufort yang mendapat 5A, begitulah janji YB dalam ucapan perasmian penutupan tersebut. Program ini telah disertai oleh 4 orang murid dari setiap sekolah dalam Daerah Beaufort. Program ini telah berjalan dengan lancar dengan adanya kerjasama En. Salleh Hj. Eddris; PPD Daerah Beaufort, semua Guru Besar dan guru-guru Daerah Beaufort.

Klik untuk lihat foto2 aktiviti ini

MESYUARAT BIRO PENDIDIKAN

Posted by MAJLIS GURU BESAR BEAUFORT at 11:32 PM 0 comments
07.07.2010 (Rabu)
Mesyuarat diadakan di Tingkat 2 PPD Beaufort.
Agenda utama ialah membincangkan Program Perdana Seminar UPSR 2010. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Abd. Rahman Hj. Mohd Yusof dengan dihadiri oleh YDP MGB Beaufort; En. Abd Ghapar Abd. Majid. Mesyuarat berjalan dengan lancar.

Sila klik untuk lihat foto2 aktiviti ini

Friday, July 2, 2010

Hari Guru 2010 Peringkat Daerah Beaufort

Posted by MAJLIS GURU BESAR BEAUFORT at 8:04 AM 0 comments

28.06.2010 (Isnin)
Majlis telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin JP, Timbalan Menteri Perumahan dan Kemajuan Kerajaan Tempatan
'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA'

Mesyuarat MGB

Posted by MAJLIS GURU BESAR BEAUFORT at 7:53 AM 0 comments
24.06.2010 (Khamis)
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YDP MGB Beaufort En. Abd Ghapar Abd Majid. Antara lain agenda mesyuarat ialah membincangkan program peningkatan UPSR dan lawatan.

Klik untuk lihat foto2
 

Majlis Guru Besar Daerah Beaufort Sabah © 2008 using D'Bluez Theme Designed by Ipiet Supported by Tadpole's Notez